KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang berunding dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan satu lagi permintaan dipenuhi selepas memperoleh reaksi positif berhubung pengambilalihan Pelabuhan Bintulu dan syarikat penerbangan MASwings.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun enggan menyatakan permintaan terbaharu itu dan menyatakan perkara berkenaan akan diumum sebelum akhir tahun ini.
"Tiga perkara sedang kita (kerajaan Sarawak) bincang dan mungkin (perkara ketiga) akan diserah balik kepada Sarawak. Anda tahu Bintulu Port (Pelabuhan Bintulu) dan MASwings sudah (mendapat reaksi positif) dan (perkara ketiga) tunggu dulu (pengumuman saya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Premier Sarawak di sini malam tadi.
Kerajaan Sarawak telah menyuarakan hasrat untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Bintulu sejak Januari lepas, disusuli cadangannya untuk mengambil alih MASwings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Berhad pada Jun lepas dan kedua-dua permintaan berkenaan sudah dipersetuju kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Abang Johari berkata satu pengumuman juga akan dibuat berhubung penubuhan Lembaga Penjaga bagi Dana Kekayaan Berdaulat yang ditubuhkan untuk negeri itu.
"Saya akan umumkan perinciannya, ini institusi yang sangat strategik. Saya akan adakan sidang media khas tak lama lagi (berhubung penubuhan lembaga itu)," katanya.
Pada 22 Nov lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Dana Kekayaan Berdaulat 2022 dengan peruntukan awal sebanyak RM8 bilion daripada kerajaan negeri.
Semasa membentangkan rang undang-undang itu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak berkata dana itu akan diuruskan secara profesional dan telus oleh Lembaga Penjaga yang terdiri daripada pakar kewangan dan pelaburan.
Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata penubuhan dana berkenaan yang akan mula beroperasi tahun depan menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang berbuat demikian.
"Melainkan kerajaan pusat menerusi Khazanah Nasional, negeri (lain) tak ada (Dana Kekayaan Berdaulat). Yang ada ialah Sarawak menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat... dana berdaulat untuk masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun enggan menyatakan permintaan terbaharu itu hanya ia akan diumum sebelum akhir tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 20 May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel
Permohonan itu antara lain turut melibatkan pemimpin tertinggi Israel seperti Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.